BAHAGIAN 2 – Sambungan
Dalam Bahagian 1, kami paparkan maklumat terperinci mengenai pertandingan-pertandingan legasi utama yang telah lama bertapak dalam arena robotik tempatan dan global.
Seterusnya, kami rangkumkan pertandingan-pertandingan tempatan lain yang ada juga menyediakan peluang sehingga peringkat antarabangsa.
5. Kreativiti & “Open Source”: MakeX & RERO Annual Championship (RAC)
Jika sekolah anda mencari platform yang lebih mesra bajet atau berasaskan modul sumber terbuka yang inovatif.
Ini adalah entry-level terbaik untuk sekolah yang baru nak wujudkan kelab robotik. Kos permulaan lebih rendah berbanding Lego/VEX.
- RERO Anual Championship (RAC): Produk buatan Malaysia (Cytron). Sangat mesra pengguna untuk pemula (beginners). Menggunakan kit rero:micro (robot siap pasang yang menggunakan micro:bit). Peserta fokus kepada logik pengaturcaraan | Julai-Sept 2026 | Info: https://education.cytron.io
- MakeX Robotics Competition: Menggunakan platform mBot (China). Sangat visual dan menarik untuk sekolah rendah. Membawakan tema-tema yang berfokus pada inovasi teknologi, kelestarian (sustainability) dan kehidupan pintar (smart living) | Ogos-Dis 2026 | Info: https://web.facebook.com/MakeXMY
6. Pertandingan Lain Yang Perlu Diperhatikan (2026)
Selain pertandingan-pertandingan diatas, senarai dibawah tidak kurang juga hebatnya:
- Perak International Robot Challenge (PIRC): Bagi sekolah di zon utara atau pasukan yang mencari pendedahan antarabangsa di tanah air, ini adalah acara wajib | April 2026 (pendaftaran telah dibuka!) | Info: https://challonge.com/events/pirc2026
- Karnival STEM KPM – Robot Battle Challenge: Pertandingan robotik rasmi KPM bermula peringkat daerah, seterusnya negeri dan kebangsaan | Mei-Jun | Info: Rujuk unit STEM sekolah anda.
- JAZRO Cup: Ia mensasarkan pelajar sekolah rendah hingga menengah dengan fokus kepada asas robotik, pengaturcaraan dan pemikiran komputasional | Mei-Jun 2026 | Info: https://www.jazro.com.my/jazrocup
- National Robothon Challenge: Disediakan platform pembelajaran hands-on menggunakan Lego/Leanbot serta perisian berkaitan. Pemenang ke peringkat antarabangsa pada hujung tahun | Mei-Jun 2026 | Info: Robothon NROC , https://robothon.asia
- IIUM Robotic Competition (IRC): Penganjuran oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sangat popular untuk kategori Sumo dan Combat | Julai-Ogos 2026 | Info: https://iiumrc.com
- Enjoy AI Asia Open: Satu lagi pertandingan antarabangsa yang mula mendapat pengiktirafan KPM (PAJSK), menggunakan teknologi AI dalam tugasan robot | Julai-Ogos 2026 | Info: https://www.enjoyaiglobal.org

- Borneo International Robot Tournament (Borneo-IRT): Sering diadakan di Miri, Sarawak. Ini adalah kejohanan terbesar di Borneo yang melibatkan penyertaan antarabangsa. Platform persediaan terbaik sebelum ke NRC/NROC | Mei 2026 | Info: https://web.facebook.com/borneo.irt
- Malaysia Techlympics – Cabaran Robot Tempur: Dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi peringkat Zon dan Akhir Kebangsaan. Format yang sentiasa berbeza memberi cabaran luarbiasa | Ogos-Sept 2026 | Info: https://techlympics.my
- World Robot Contest (WRC): WRC sering dijalankan bersama acara seperti World Robot Conference dan menarik peserta dari banyak negara serta institusi pendidikan | Ogos 2026 | Info: https://intelek.edu.my
- Universal Robotics Challenge (URC): Tahun ini merupakan sambutan 10 tahun URC yang mana pusingan akhir dunia seperti biasa akan diadakan di Jepun | Ogos-Sept 2026 | Info: https://web.facebook.com/TechUpMY
- World of Robotics National Championship : Platform pembangunan bakat STEM untuk murid seawal usia 5 tahun untuk pelbagai kategori pertandingan seperti Sumo Robot, Soccer dan Creative Robotics | Okt-Nov 2026 | Info: https://www.worldrobotics.edu.my
- International Robot Olympiad (IROC): Popular dalam kalangan sekolah MRSM. Pertandingan robotik antarabangsa ini menguji kemahiran pengaturcaraan dan penyelesaian masalah | Nov-Dis 2026 | Info: https://iroc.org/iro2026
- The All Japan Robot Sumo Tournament: Pada 2025, peringkat kelayakan untuk ke Grand Final di Jepun (Disember) diadakan dalam kejohanan tertentu di Malaysia seperti IRC dan PIRC | Sepanjang tahun 2026 | Info: https://web.facebook.com/AllJapanRobotSumoTournament
Strategi Untuk Guru & Sekolah (Actionable Takeaways)
- Pilih “Pertempuran” Anda: Jangan masuk semua. Pilih satu ekosistem (contoh: Lego, Robot Sumo, VEX atau OS (Open Source) dan jadi pakar di situ. Kos peralatan robotik mahal, jadi fokus pada bajet.
- Latihan Awal Tahun: Jangan tunggu surat jemputan keluar baru nak berlatih. Mulakan kelab seawal Januari 2026 dengan modul atau latihan asas berdasarkan peraturan edisi lepas.
- Bangunkan Pasukan Utama: Bina pasukan kecil tetapi konsisten yang terdiri daripada murid dan guru pembimbing tetap. Kesinambungan pasukan mempercepat penguasaan kemahiran, strategi dan budaya pertandingan.
- Fokus Kategori Inovasi: Jika murid anda kurang mahir coding robot bergerak (challenge), masuk kategori inovasi (pameran projek). Ia lebih kepada penyelesaian masalah masyarakat menggunakan teknologi.
Tips Guru: Jika tidak sempat untuk edisi 2026, fokus kepada pembangunan dahulu, seterusnya menyertai pada 2027 apabila telah bersedia.
Tahun 2026 menjanjikan saingan yang lebih sengit dengan integrasi elemen AI. Sebagai pendidik, tugas kita bukan sekadar melahirkan juruteknik robot, tetapi “penyelesai masalah” masa depan.
Mulakan langkah pertama hari ini.
Nota: Tarikh anggaran berdasarkan edisi lalu, semak platform rasmi kerana pendaftaran biasanya dibuka tiga bulan lebih awal dan sentiasa dapatkan maklumat terkini.
Promosi pertandingan robotik anda sepanjang 2026 dengan emel pada kami di educogator [at] Gmail. Catatan seterusnya: Pertandingan-pertandingan robotik 2026 anjuran universiti-universiti tempatan. Nantikan.
Ingin lebih banyak tips, pembelajaran teknologi dan info terkini dunia EdTech? Ikuti telegram kami di [EDUCOGATOR.MY]. Kami berkongsi realiti bilik darjah untuk guru, oleh guru.

