Takwim Lengkap 2026: 14 Pertandingan Murid “Wajib Join” untuk Skor PAJSK & Kemahiran Masa Depan

Ibu bapa dan guru sekalian,

Susulan pengumuman Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035, landskap pendidikan kita kini berubah.

KPM mahukan murid yang bukan sahaja “bijak buku”, tetapi bijak mengurus kewangan, kreatif, celik teknologi dan peka pada alam sekitar.

Untuk membantu anda merancang tahun 2026, saya telah menyusun 14 Pertandingan Utama yang merangkumi pelbagai bidang.

Senarai ini lengkap dengan jangkaan bulan, yuran dan tema cadangan yang selari dengan visi RPM. Simpan senarai ini. Jangan sampai terlepas tarikh tutup!


KATEGORI 1: SAINS & MATEMATIK

1. Kangaroo Math Competition (KMC) 

Pertandingan matematik paling popular. Soalannya menguji logik, bukan sekadar kira-kira.

  • Jangkaan Bulan: April – Julai 2026, pendaftaran bermula Januari
  • Sasaran: Tahun 1 – Tingkatan 6
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Guru Penyelaras). Calon persendirian boleh daftar jika sekolah tidak menyertai.
  • Anggaran Yuran: RM 35 – RM 45
  • Info: kangaroomath.com.my

2. Kancil Science Competition 

Ujian sains yang memerlukan murid berfikir “di luar kotak”. Sangat sesuai untuk mengasah KBAT.

  • Jangkaan Bulan: Jun – Ogos 2026, Pendaftaran bermula Januari
  • Sasaran: Tahun 1 – Tingkatan 6
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Guru Penyelaras).
  • Anggaran Yuran: RM 35 – RM 45
  • Info: kancilscience.my

3. Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) 

Ini adalah “Heavyweight”. Pertandingan matematik paling sukar dan berprestij anjuran PERSAMA. Sijil ini laku keras untuk kemasukan ke universiti.

  • Jangkaan Bulan: Julai – Ogos 2026
  • Sasaran: Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)
  • Format: 👤 Kumpulan
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Wajib pengesahan sekolah).
  • Anggaran Yuran: RM 50 – RM 130 (Melalui Sekolah)
  • Info: persama.org.my

4. SASMO (Singapore & Asian Schools Math Olympiad)

Peluang untuk murid bersaing dengan standard antarabangsa (Singapura & Asia).

  • Jangkaan Bulan: Mac – April 2026
  • Sasaran: Tahun 1 – Tingkatan 5
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah atau Pusat Latihan Bertauliah.
  • Anggaran Yuran: RM 50 – RM 80
  • Info: sasmo.sg (Rakan kongsi Malaysia)

KATEGORI 2: DIGITAL, KODING & ROBOTIK (TVET & AI)

5. Beaver Computational Thinking (Bebras) 

Pertandingan wajib untuk pemikiran komputasional. Langkah pertama sebelum belajar programming.

  • Jangkaan Bulan: April – Julai 2026, pendaftaran bermula Januari.
  • Sasaran: Tahun 1 – Tingkatan 6
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Guru Penyelaras).
  • Anggaran Yuran: RM 35 – RM 45
  • Info: beaver.my

6. National Robotics Competition (NRC) 

Medan tempur robotik sekolah kerajaan. Selari dengan aspirasi TVET & AI negara.

  • Jangkaan Bulan: Mei (Negeri) – September (Kebangsaan)
  • Sasaran: Berpasukan (Rendah & Menengah)
  • Format: 👥 Kumpulan (2-3 murid + 1 Guru Mentor)
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah Sahaja.
  • Anggaran Yuran: Percuma (Tajaan SASBADI), perlu beli set robot LEGO sendiri.
  • Info: nrc.sasbadi.com

7. Malaysian Computing Challenge (MCC) 

Pertandingan koding (C++/Python) yang serius. Laluan untuk mewakili negara dalam Olimpiad Informatik.

  • Jangkaan Bulan: September – November 2026
  • Sasaran: Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6)
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah atau Guru.
  • Anggaran Yuran: RM 15 – RM 30
  • Info: ioimalaysia.org

8. Coolest Projects Malaysia 

Pameran kreativiti digital. Murid buat aplikasi, game, atau laman web dan bentangkan idea mereka.

  • Jangkaan Bulan: Oktober – Disember 2026
  • Sasaran: Bawah 18 Tahun
  • Format: 👤 Individu atau 👥 Kumpulan
  • Pendaftaran: 🏠 Sendiri (Ibu bapa boleh daftarkan).
  • Anggaran Yuran: Percuma (Tertakluk perubahan)
  • Info: https://coolestprojectsmalaysia.com

9. STEM Racing Malaysia (sebelum ini F1 in Schools) 

Gabungan kejuruteraan, reka bentuk dan pengurusan. Sangat sesuai untuk murid yang minat kejuruteraan automotif.

  • Jangkaan Bulan: Sepanjang Tahun (Peringkat Zon/Kebangsaan)
  • Sasaran: Sekolah Menengah
  • Format: 👥 Kumpulan (3-6 murid)
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Pasukan sekolah).
  • Anggaran Yuran: Kos Pasukan (Tinggi – Perlu Tajaan)
  • Info: https://stemracing.my

10. Swift Student Challenge (Apple)

Ini adalah “tiket emas” ke persada antarabangsa. Anjuran Apple sempena persidangan WWDC mereka. Berpeluang ke US.

  • Jangkaan Bulan: Februari 2026 (Biasanya submission dibuka 3 minggu sahaja).
  • Sasaran: 16 Tahun ke atas (Sekolah Menengah & Kolej)
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏠 Sendiri (Menggunakan Apple ID murid).
  • Anggaran Yuran: Percuma
  • Info: developer.apple.com/swift-student-challenge

KATEGORI 3: INOVASI, KELESTARIAN & KEWANGAN (KARAMAH INSANIAH)

11. Young Innovators Challenge (YIC) 

Mencipta produk untuk membantu masyarakat. Memupuk sifat empati dan penyelesaian masalah.

  • Jangkaan Bulan: Mac – Oktober 2026
  • Sasaran: Sekolah Menengah
  • ormat: 👥 Kumpulan (2-3 murid)
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Perlukan pengesahan mentor).
  • Anggaran Yuran: Kebiasaannya Percuma (Tajaan Korporat/Yayasan).
  • Info: younginnovators.my

12. Toyota Eco Youth 

Program alam sekitar paling lama bertahan. Melatih murid menjadi pemimpin kelestarian di sekolah.

  • Jangkaan Bulan: Februari (Pendaftaran) – November (Akhir)
  • Sasaran: Sekolah Menengah (Berpasukan)
  • Format: 👥 Kumpulan (4 murid + 1 Guru)
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah (Sekolah terpilih/hantar proposal).
  • Anggaran Yuran: Percuma (Siap dapat geran projek jika terpilih)
  • Info: toyotaecoyouth.com.my

13. Toyota Dream Car Art Contest 

Satu lagi inisiatif Toyota. Bukan sekadar pertandingan melukis, tetapi pertandingan “membayangkan masa depan mobiliti”.

  • Jangkaan Bulan: Disember 2025 – Februari 2026 (Tarikh tutup awal tahun)
  • Sasaran: Bawah 15 Tahun
  • Format: 👤 Individu
  • Pendaftaran: 🏠 Sendiri (Hantar borang & lukisan ke penganjur) atau Sekolah kumpul hantar sekali.
  • Anggaran Yuran: Percuma
  • Info: toyota.com.my

14. Kuiz Pelaburan PNB 

RPM 2026 mahu murid celik kehidupan. Literasi kewangan adalah skil hidup yang kritikal.

  • Jangkaan Bulan: Jun – Ogos 2026
  • Sasaran: Sekolah Menengah
  • Format: 👥 Kumpulan (biasanya 3 murid) / Individu (saringan awal)
  • Pendaftaran: 🏫 Melalui Sekolah
  • Anggaran Yuran: Percuma
  • Info: pnb.com.my

Pesanan Akhir Cikgu Siber

Senarai 14 pertandingan ini merangkumi semua aspek yang diperlukan untuk menjadi pelajar cemerlang menyokong dasar pendidikan negara. Kongsikan maklumat ini kepada anak murid anda.

Untuk para ibu bapa pula, jangan paksa anak sertai semua. Pilih 3 hingga 4 yang sesuai dengan minat mereka. Ingat, kualiti penyertaan lebih penting daripada kuantiti.

Selamat merancang strategi 2026!