BAHAGIAN 1
Loceng amaran sudah berbunyi. Tarikh keramat telah ditetapkan: 6 Februari 2026.
Bagi pelajar sains komputer, kelab robotik atau mana-mana peminat koding di sekolah menengah dan kolej/universiti, Apple Swift Student Challenge adalah “Piala Dunia” peribadi anda. Ia bukan sekadar pertandingan.
Ia adalah tiket emas untuk diiktiraf oleh jurutera terbaik dunia, memenangi barangan eksklusif Apple dan peluang menjejakkan kaki ke Apple Park di Cupertino, California (sekiranya terpilih sebagai Distinguished Winner).

Dengan hanya tinggal sebulan sahaja lagi sebelum pintu penyertaan dibuka, masa untuk “belajar asas” sudah tamat. Sekarang adalah masa untuk strategi, pelaksanaan dan penyempurnaan.
Tarikh Penting 2026
Pendaftaran Swift Student Challenge 2026 akan dibuka dari 6 Februari hingga 28 Februari 2026 (23 hari).
Memandangkan masa tinggal sudah sangat singkat sebelum tempoh pendaftaran dibuka, persediaan awal adalah kritikal bagi setiap peserta yang serius ingin menyertai.
8 LANGKAH PERSEDIAAN
1. Fahami Keperluan Asas dan Kelayakan
Sebelum memulakan projek, pastikan anda memenuhi syarat asas kelayakan:
- Anda mesti tidak bekerja sepenuh masa sebagai pembangun profesional.
- Anda mesti berumur sekurang-kurangnya minimum yang ditetapkan di negara anda (16 tahun di Malaysia) dan terdaftar sebagai pelajar atau baru tamat belajar.
- Anda harus mempunyai akaun Apple Developer (percuma atau berbayar).
Tindakan awal: Sediakan akaun Apple Developer anda jika belum ada dan semak status pendidikan anda untuk memastikan anda layak menyertai.
2. Kenali Alat yang Digunakan
Untuk cabaran ini, aplikasi anda mesti dibina sebagai app playground yang boleh dijalankan dan dinilai secara offline. Anda boleh memilih salah satu alat berikut:
- Swift Playgrounds (terutamanya pada iPad atau Mac)
- Xcode (macOS) untuk membuat app playground.
Tindakan awal:
- Pasang Xcode pada Mac anda atau Swift Playgrounds pada iPad/Mac.
- Biasakan diri dengan antaramuka, cara membuat app playground, serta cara menguji projek.
3. Belajar Swift dan SwiftUI
Bahasa Swift dan kerangka SwiftUI digunakan secara meluas dalam projek ini. Anda perlu memahami asas-asas:
- Sintaks Swift
- Struktur projek Swift Playground
- Design UI dengan SwiftUI untuk antaramuka
- Integrasi logik aplikasi
Tindakan awal:
Gunakan sumber rasmi seperti:
- Develop in Swift Tutorials oleh Apple
- Modul Swift Coding Club
- Dokumentasi Apple Developer
Tutorial-tutorial ini direka untuk membantu pelajar dari asas sehingga dapat membina aplikasi sendiri.
4. Rancang Idea Awal Projek Anda
Ramai pemenang sebelum ini menekankan bahawa idea yang baik bukan sahaja kreatif, tetapi juga berimpak kepada komuniti atau menyelesaikan masalah nyata.
Langkah praktikal:
- Buat brainstorming idea yang relevant dan original.
- Tulis ringkasan ringkas tentang apa masalah yang disasarkan, penyelesaian yang dicadangkan dan mengapa ia penting.
- Tentukan fungsi teras yang akan dibina dalam playground anda.
5. Bangunkan dan Uji Projek Anda
Sebelum pendaftaran dibuka, luangkan masa untuk:
- Bangunkan prototaip dalam Xcode atau Swift Playgrounds.
- Uji secara menyeluruh untuk memastikan tiada crash, fungsi berjalan lancar dan pengalaman pengguna jelas.
- Uji di simulator dan peranti sebenar jika boleh.
Nota teknikal: Projek mesti berupaya dijalankan sendiri (offline) dan dikemas sebagai ZIP tidak melebihi 25 MB. [Lihat Syarat].
Bersambung.

